Wednesday, April 13, 2011

Malam pertama ku... :)

Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya
berkampung disini. Gelak
ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin
isteriku ke dalam bilik
pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang
menegurku.

Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur? sapa Pak
Ucu.

Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat
kepala tu. sahut Pak Tam
disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain.
Meriah sungguh keadaan
diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00
malam. Hadiah yang masih
belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup.
Merebah diri ke katil
pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.

Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar
tu. Isteriku hanya
mengangguk tanda setuju. Entah pukul berapa
sekarang, aku pun tidak tahu.
Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda
sanak saudaraku telah
pulang dan keluargaku telah tidur. Jari jemariku
lembut membelai rambutnya.
Ku selak rambut ikal yang menutupi telinganya lalu
membisikkan

Assalammualaikum! ke telinganya untuk menguji
isteriku.

Wa alaikummussalam. Rupanya isteriku masih belum
tidur. Ku kucup pipi
halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak
harumnya menusuk deria
bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami
malam ini. Jari-jemari
ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat
dikawal lagi, namun...

Kringggggg.....

Tik.. tik.. tik.. tik...

Kring.. kring.. kring..

Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi
ruang bilikku. Terkejut
dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka
lampu. Serentak itu, terang
benderang seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah
berjaya membangunkan semua
orang di rumahku. Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi
itu. Mataku terarah ke
sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka
dengan pantas dan di
dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping
kad berbunyi... Selamat
Pengantin Baru, Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2
pagi. Jangan maree.. kami
potong stim. .

Dalam hatiku.. cilako punya kengkawan. Potong stim
betullah.

hahaha...

Friday, April 8, 2011

Antara nasihat-nasihat Family KBU untuk adaM

Assalamualaikum semua!! woot2~

wahhhhhh....korang ingat lagi x entry adam yg tajok "Bila Cinta Adam Zulhilmi Berakhir".... dalam banyak2 entry adam kisah cinta adma ni dah kalah kan cerita "Aku, Mak Datin & McD"... Ramai kot yg  view entry tu... bia la adam post entry baru pun..orang pegi tgok cerita tu jugakk -.-'. dari nak delete dah xsampai ati nak delete...hahaha....tp bila pikir balik... banyak pulak nasihat yang Keluarga KBU bagi kat adam... Haa...sebab tu laa adam buat entry ni...nak kongsi kan nasihat2 Family KBU kita ni... :)


Naqiah~ 
"A heartbreak is a blessing from God. It's just his way of letting you realized he saved you from the wrong one."

"Sometimes God doesn't give you what you think you want, not because you don't deserve it, but because you deserve better."

kadang2... mesti ad sebab knp Allah bg kita org y salah... atleast.. Allah lindungi kita dari y salah.. n setiap ap y berlaku.. mesti ad hikmah.. hidup mesti berani mencuba n x leh putus asa.. :)

Anies anessa~
apa yg diadikan Allah ada sbbnya yg sendiri...Mungkin Allah dah sediakan yg baik utk kita nanti..jgn risau dlm mncari cinta...saya phm perasaan adam sbb saya pon pnah alaminya dan sakitnya saya xdpt lupa hingga hari nie.

fRaMe+LenSeS~
Assalamualaikum.. adik Adam Nadh sorang ni.. 

semua ada hikmah, apa yang jadi tu ada sebab dan musababnya. mungkin kita pandang dia dari sudut negative, tapi menyalahkan diri dan persekitaran tu bukan satu menda yang perlu kamu lakukan. 

ingat Adam, ALLAH tak bagi satu perkara berlaku tanpa ada sebarang hikmah disebaliknya. mungkin ada sebab juga Adam perkara ni terjadi. macam Nadh sndiri, Nadh pandang kejadian masa lalu yang jadi tu sebab ALLAH nak tarik nadh dari tersasar makin jauh dengan dunia yang fana. dan bersyukur sekarng Nadh rasa makin tenang dan gembira dengan kehidupan, smpai tiba masa plak nadh terfikir sendiri, ehhh aku ni happy sokmo, takkan ALLAH tamau uji aku kot? bunyi bongok kan, mtk diuji, tapi tu la Adam, Nabi Muhammad pernah pesan tau, anara ujian besar buat Lelaki akhir zaman adalah perempuan. so dari sana dapat kita lihat aa, sebab mereka juga adalah sebab kejatuhan kita, lantas dari tu, Nadh bangun nak bina balik Nadh yang da jatuh dulu. 

Adam, terima kasih kerana sudi kongsi cerita ng nadh. nadh gembira, ada orang sudi kongsi ng nadh. insyALLAH adam, nadh cuba jadi abg y baik, telinga yang ada sebagai tempat berkongsi dan bahu sebagai tempat bersandar sekiranya diperlukan. Nadh mendoakan yang terbaik buat kamu.

berdoa untuk ketenangan hati. dan pohon ALLAH tunjuk hikmah kejadian buat kamu. kamu boleh mula mencari bila hati sudah bersedia nanti. buat masa ini, biarlah hati tu pulih dulu. sama seperti Nadh, mungkin baru nak bersedia nak masuk dalam soal hati dan perasaan tu, setelah bertahun. Nadh nak kamu macam tu, bila dah bersedia. n pesan nadh, jgn kerana seorang nak dihukum semua yang ada.

n lagi satu, ni pesanan terbesar Nadh buat kamu n mungkin juga buat sapa2 lagi yang membaca. nadk dapat yang terbaik, kita pun kena jadi yang terbaik. sebab ALAH da janji yang 

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

ni janji ALLAH, tadak lain iaitu dengan menjadi yang terbaik saja kita akan dapat yang terbaik. all the besh to you Adam.

insyALLAH selagi hayat dikandung badan, akan ada bersama. jaga diri, jaga hati, jaga iman.
Assalamualaikum.

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr ~
 1 jer nasihat GK, jangan cepat percayakan seseorang dan kalo kita sayang kan seseorang ni, jangan serahkan hati kita sepenuhnya kepada dia. Kalo sygkan seseorang itu biarlah berpada-pada.

~eZmALiZa~
mak oih panjangnye cerita dye..ape pon bersabar la dik oiii... bukan semua yg terbaik kite boleh dapat dgn mudah..mungkin yg lebih sukar caranya, kita pasti akan lebih menghargainya...ape pon, kuncinya tetap bersabar... senyum sikit, haaaa..kan hensem tuuu.... :P

~...AmALinA....~ 
sedihnye...hurm be strong okeh..=)

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah 
supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL. 
Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta,
fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. 
Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita.
Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA.. 
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA 
yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA
 
Ni laa antara nasihat2 diorang untuk adam.... kalau korang rasa nasihat ni boley diguna pkai untuk korang bagus lah.. :) Thanks ye sebab sudi luangkan masa baca entry adam yang panjang berjelaa pastu siap comment berjela2 jugak... haha... ok setakat sini je kot.. :) nanti sambung lagi..
assalamualaikum... :)

Tuesday, April 5, 2011

SUMPAH KITA ANAK MELAYU!!!

Hakikatnya kita telah diberikan kemerdekaan.

Kita genggam kemerdekaan tercinta itu.

Kita pastikan ianya tidak dilepaskan.

Kita pastikan ianya tidak dicalari oleh mereka

yang cemburu akan kemerdekaan ini.



Sumpah kita anak Melayu.

Biar putih tulang jangan putih mata.

Sumpah Pendekar Melayu" Tidak akan Melayu hilang di dunia".

Melayu pasti bangkit, pasti bersatu menjunjung

kedaulatan bangsa , budaya dan agama kita.



Sumpah kita anak melayu.

Jangan kita terus berpecah dan jangan sekali kita leka.

Andai Melayu berderai maka rosaklah resam kita , hancurlah janji kita,

musnahlah pedoman kita dan tercemarlah

degupan perjuangan nenek moyang kita.

Melayu harus bersatu.

Melayu harus berpegang kepada janji

kerana itulah sebenarnya

sumpah kita anak Melayu.



Baba Haizal Baba Zain

Monday, April 4, 2011

Bila Anak Harimau Main Bola Depan Rumah adaM !!!!

Assalamualaikum semua... woot2~

Perghhh xsabar pulak rasanya nak abiskan practical ni cepat2... busan dah kerja... nak study lagi...hehe lol korang pun tau kan yang phone adam rosak....?? Tadi pas balik keje adaM ngn abah pegi la Megamall.... nak repaire phone... Cina tu cakap 1jam siap... xpelaa...adam pun pi la makan ngn abah lu kat bawah tu...

1Jam dah!!!! adam pun pegi la kdai tu balik dengan muka yg senyum xmaw2...bhahaha... nampak je muka adam... ayat ni kelau "sorry phone adik xdapat diselamatkan lagi" -.-'  rasa cam awek mati pun ade... sob..sob..

adam pun ajak la abah balik....sampai kat rumahh lain pulak cerita nya..... Banyak pulak anak harimau men bola kat tgah jalan.... -.-' caya x????  tgok ni....



lol anak2 harimau malaysia... siap ade upin ipin lagi tu...


xkira la kecik besar pompuan laki adik abang diorg ni sentiasa bersama

hahaha..... xsilap adam...mak bapak diorg cakap...diorg semangat mintak beli baju malaysia ni... Dulu anak2 harimau malaysia ni semua pkai baju pasukan bola sepak luar negara.... Sejak pasukan bolasepak tanah air ni dah meningkat prestasi nya...semua beralih arah dan kembali ke pangkal jalan..hahahaha...

lol sedangkan budak2 kecik tau support pasukan negara sendiri inikan kita yang dah besar panjang...dok sibok support negara lua... -.-' ok sekian sahaja celoteh adam untuk harinie...

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!! 

MALAYSIA! BOLEY!!!