Tuesday, February 27, 2018

Apa itu Austisme?


Sebenarnya ramai kanak-kanak lambat dikesan mempunyai masalah autisme tanpa pemantauan keluarga terdekat seperti ibu bapa atau penjaga mereka. Autisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD) adalah gangguan perkembangan saraf yang mempengaruhi kemampuan seseorang kanak-kanak dalam berkomunikasi, interaksi sosial serta tingkah laku. Nama autisma itu sendiri berasal dari perkataan Greek autos yang membawa maksud ‘sendiri’ dan menurut Bleuler, autisma membawa maksud ‘melarikan diri dari realiti’. 

Menurut Garis Panduan Klinikal Pengurusan Autisma Malaysia, satu kajian menggunakan MHCAT (Mental Health Computerized Adaptive Testing) di kalangan kanak-kanak di antara usia 18 hingga 36 bulan di klinik kesihatan Ibu & Anak-Anak  Kementerian Kesihatan Malaysia, menunjukkan kelaziman ASD di Malaysia adalah kira-kira 1.6 dalam 1000 kanak-kanak. Kajian juga menunjukkan bahawa autisma adalah empat hingga lima kali lebih biasa di kalangan kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Penyakit autisma boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira agama, bangsa atau kedudukan sosial.

Punca sebenar penyakit ini masih tidak diketahui namun terdapat beberapa faktor risiko untuk autisma. Di antaranya ialah usia ibu dan bapa yang meningkat, masalah lahir pra matang (< 33 minggu), masalah perkembangan otak disebabkan faktor genetik, masalah fungsi otak terganggu seperti jangkitan,  masalah semasa kehamilan atau kelahiran dan faktor genetik iaitu sejarah autisma dalam keluarga.

Ciri- ciri Autisma
  • Kemahiran sosial – interaksi sosial / pemahaman
  • Hubungan sosial sangat terhad: Tidak boleh berkawan atau tidak bermain dengan orang lain
  • Tiada hubungan mata atau terhad