Tuesday, February 27, 2018

Apa itu Austisme?


Sebenarnya ramai kanak-kanak lambat dikesan mempunyai masalah autisme tanpa pemantauan keluarga terdekat seperti ibu bapa atau penjaga mereka. Autisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD) adalah gangguan perkembangan saraf yang mempengaruhi kemampuan seseorang kanak-kanak dalam berkomunikasi, interaksi sosial serta tingkah laku. Nama autisma itu sendiri berasal dari perkataan Greek autos yang membawa maksud ‘sendiri’ dan menurut Bleuler, autisma membawa maksud ‘melarikan diri dari realiti’. 

Menurut Garis Panduan Klinikal Pengurusan Autisma Malaysia, satu kajian menggunakan MHCAT (Mental Health Computerized Adaptive Testing) di kalangan kanak-kanak di antara usia 18 hingga 36 bulan di klinik kesihatan Ibu & Anak-Anak  Kementerian Kesihatan Malaysia, menunjukkan kelaziman ASD di Malaysia adalah kira-kira 1.6 dalam 1000 kanak-kanak. Kajian juga menunjukkan bahawa autisma adalah empat hingga lima kali lebih biasa di kalangan kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Penyakit autisma boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira agama, bangsa atau kedudukan sosial.

Punca sebenar penyakit ini masih tidak diketahui namun terdapat beberapa faktor risiko untuk autisma. Di antaranya ialah usia ibu dan bapa yang meningkat, masalah lahir pra matang (< 33 minggu), masalah perkembangan otak disebabkan faktor genetik, masalah fungsi otak terganggu seperti jangkitan,  masalah semasa kehamilan atau kelahiran dan faktor genetik iaitu sejarah autisma dalam keluarga.

Ciri- ciri Autisma
  • Kemahiran sosial – interaksi sosial / pemahaman
  • Hubungan sosial sangat terhad: Tidak boleh berkawan atau tidak bermain dengan orang lain
  • Tiada hubungan mata atau terhad

Monday, August 27, 2012

Kepentingan air buat Manusia




Air oh air. Air sangat penting dalam kehidupan kita sebab tu Allah turunkan air free ja untuk kita. Namun, dah sekarang ni air telah dicemari oleh sisa toksid di udara dan sungai pula jauh, terpaksalah bayar untuk diproses sebelum dapat diminum di rumah. Selain menghilangkan dahaga, air banyak fungsinya lagi. Rugi kalau tak baca.. serius cakap.

1. Weight loss - Siapa2 yang dalam proses berdiet harus makes sure tak berenggang dgn plainwater. Tahukah anda yang AIR adalah alat terbaik untuk menurunkan berat badan. Sebabnya ia dapat menggantikan minuman yang berkalori tinggi seperti soda dan juice. AIR juga bertindak menekankan selera makan anda. Maksudnya begini, dikala anda berasa lapar, yang sebenarnya anda hanya haus. So instead of minum air, anda pergi makan. Cemanalah nak diet. Jadi cukup sekadar minum air okay. Water has no fat, no calories, no carbs, no sugar. Drink plenty to help your weight-loss regimen.


2. Heart healthy - Minum air dalam kadar yang cukup dapat menurunkan risiko serangan penyakit jantung. A six-year study published in the May 1, 2002 American Journal of Epidemiology found that those who drink more than 5 glasses of water a day were 41% less likely to die from a heart attack during the study period than those who drank less than two glasses.


Jantung lebih sihat dengan Oat





PENYAKIT jantung adalah satu daripada pembunuh senyap yang paling utama di kalangan lelaki dan wanita, demikian menurut Pertubuhan Jantung Amerika.

Meskipun banyak faktor menyumbang kepada penyakit jantung seperti gaya hidup, pemakanan, alam persekitaran, tabiat dan lain-lain, usaha mengekalkan kesihatan jantung bukan sahaja tertakluk kepada pengamalan gaya hidup yang aktif.Pemakanan yang sihat dan bijak dapat memainkan peranan penting dalam usaha mengamalkan gaya hidup yang menjamin kesihatan jantung.

Friday, March 23, 2012

Didn't she realize?


Every night my tears dropped when i was dream of her
didn't she realize?
My tears started to fall after id heard the limitless waiting of her voice
didn't she realize?
Everyday i'm worried about her when there no such news
didn't she realize?
When i sleep i hold tight my phone waiting for her call
didn't she realize?
I was wondering what would happen if she realize all of these..

AdaM ZulhilMi


Wednesday, March 21, 2012

Wordless Wednesday #5 : SPM? Which way should i go now?

Keputusan SPM & HIDUP?

Assalamualaikum.. Rajin kan adam awal dah update blog? hehe... class cancel harini so teringin nak update blog.. Harini 21 Mac 2012 merupakan hari yang menakutkan bagi pelajar SPM 2011 kenapa??? sebab harini laa diorang ambil keputusan SPM. Mesti cuak abiskan?? ^_^


Biar Result SPM Dikeji-keji


Biar Tiada Degree


Biar Jauh Sekali PHD


Jangan Rendah Harga & Maruah Diri


Takkan Mampu Dibeli Di Mana-mana Institusi

Ayat ni adam copy dari status facebook abang Ady budika.. Bila dipikirkan balik memang la SPM tu penting. Sejuk perut ibu yang mengadung jika anak yang mereka didik dari kecik dapat bangga kan diorang dengan keputusan SPM yang cemerlang. Tak la segan sangat diorang nak cerita atau jawab bila jiran atau saudara mara bertanya.

Tapi disini persoalannya, Bagaimana pula dengan pelajar yang dapat result SPM yang kurang memuaskan? tak bangga kah ibu bapa diorang? Jiran-jiran dan saudara mara menghina diorang? tak sejuk kah perut ibu ketika mengandung diorang? Hina sangatkah diorang ni??

Kebiasaan nya pelajar yang dapat keputusan SPM yang kurang memuaskan ni akan mengalami tekanan selepas dapat keputusan. Tekanan yang amat dasyat berlaku bila rakan-rakan, sepupu sepapat yang sebaya semuanya berjaya melangkah ke menara gading. Di sini la bermulanya corak-corak titik hitam di kain putih diorang. Diorang akan putus harap, meletakkan harapan serendah-rendahnya.

Kenapa perlu begini? 
Kenapa perlu putus asa?

Dengan dunia yang serba ada ni, macam-macam kerajaan usahakan untuk memperbanyakkan peluang bagi golongan yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan. Kenapa tidak rebut peluang ni?? Adakah dengan melepak dapat buat anda berjaya?? adakah dengan putus harap selamanya buat anda berjaya?? . Anda mungkin kata anda tiada harapan untuk berjaya kerana anda hanya mampu bermula dengan pengajian di peringkat sijil. Perlu kah segalanya bermula di peringkat Diploma? Ijazah?

Memang bagus jika segalanya bermula di peringkat Diploma atau Ijazah tapi bagi diorg yang keputusan kurang memuaskan ni bermula lah dari awal cuma masa perlu dikorbankan. Salah kah?

Pernah dengar ibu bapa atau sesiapa sebut tentang kata hikmat ni?

" Nak seribu daya taknak seribu dalih"??
"Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian"??

Tepuk dada tanya diri.. Kejayaan ada dimana-mana dan kejayaan juga datangnya dengan usaha yang gigih. Kita ada agama jangan lupa pada Maha Pencipta. Kepada yang menghina ingat anda juga ada anak, cuba bayangkan jika anak anda dihina orang. Sekian..

p/s : Good Luck ya!

Monday, March 19, 2012

penantian kini berakhir..

Assalamualaikum...
Lama nya adaM xpost kan? 
Sejak masok degree ni... serius shit adam xpenah rasa sesibuk ni.. dah la degree ni susah :(
Tajok entry kali ni berkaitan penantian... apa yang adam nanti? setahun plak tu adam nanti benda alah ni... ikut kan benda ni cuba perlu nanti setengah tahun je...tapi Allah nak duga adam dia lanjut kan tempoh penantian sampai setahun... OMG -.-' ... sabar nye adam ni kan..

Ada sampai satu tahap tu kan adaM sampai termenung pikir pasal benda alah ni... ada la sampai pikir nak berhenti belajar.. Persoalannya apa la yang adam ni dok nanti -.-' sebenarnya kan...adam nantikan pinjaman MARA adam laa... sakit kulit adam bila MARA lambat dapat.. Alhamdullilah laa baru ni adam dapat panggilan dari kawan dia call siap jerit2 lagi gtau loan adam dah masok.. Nak menangis pun ada time tu... haha.. yelaa adam antara 60 orang yang dapat lambat loan tu.. hampir 3 bulan jugak la adam dok layan kawan seronok dapat loan awal... ^_^ . Kesabaran tu penting... otak pun slalu kena set positive.. Now dah dapat rasa nak belajar tu semangat la sikit..hehe... k laaa u je pun adam nak bebel... bye.. 

Saturday, December 10, 2011

Fakta Tarikh : 10 December

Assalamualaikum.. Start pada harini adam nak try gali Fakta yang ada dalam dunia ni Start dari tarikh 10 Dec ni.. Sorry la adam agak malas nak tunngu 1 Januari.. hehe... so apa2 pun layan ok. peace!


10 December

  • Merupakan hari ke- 344 (hari ke-345 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 21 hari sebelum memasuki hari selepasnya.
  • Negeri-negeri paus, Perancis, Aragon dan Empayar Rom membentuk Liga Cambrai yang merupakan satu perikatan menentang Republik Venice. (1508)
  • Lampu insyarat pertama dipasang di London. (1868)
  • Perang Amerika- Sepanyol tamat dengan pemeteraian Perjanjian Paris.Sepanyol mengakuai kemerdekaan Cuba dan menjual Guam, Filipna dan Puerto Rico kepada Amerika Syakirat. (1898)
  • Hadiah Nobel pertama dianugerahkan pada ulang tahun ke-5 kematian pengasasnya, Alfred Nobel. (1901)
  • Edward VII memeterai surat cara turun takhta dan menjadi Raja British yang tunggal untuk melepaskan takhta dengan sukarela. (1936)
  • Perang Dunia kedua : Pengebom torpedo Tentera Laut Empayar Jepun menenggelamkan kapal induk Tentera Laut Diraja British HMS Prince Of Wales dan HMS Repulse di Timur Malaya.(1941)
  • Perhimpunan Agung PBB, menerima Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat, penyataan hak asasi manusia sejagat yang pertama. (1948)
  • Aktivis hak asasi manusia China Liu Xiaobo dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel 2010 in absentia, kali pertama sejak 1936 tiada seorang pun dapat mewakili penerima.
  • Wanita diberikan hak untuk mengundi di Tasmania. (1902)
  • Perancis menggunakan Meter sebagai unit rasmi bagi mengukur panjang. (1799)
  • Mississippi menjadi negeri ke 20 dalam Amerika Syakirat. (1817)

Sumber : Wikipedia

Wednesday, December 7, 2011

Makanan Pelik di Dunia

Assalamualaikum. Harini adaM dah abis idea nak update blog pasal apa.. Akhirnya lepas adam tengok TV td... ada cerita mengenai makanan-makanan pelik di serata dunia. Mehh adam share dengan korang semua pasal benda alah ni ^_^ selamat membaca!


BAALUT

Baalut sejenis makanan di Filipina & Cambodia yang sebenar nya ialah sebijik telur itik. Telur itik itu dieramkan sehingga janin itik, bulu dan tulang terbentuk dan kemudianya di rebus hidup-hidup. Tulang janin itu menambahkan lagi tekstur rangup baalut tersebut.







Monday, December 5, 2011

10 Bandaraya Terbaik Dunia

Assalamualaikum.. harini adam nak cerita serba siket pasal bandaraya terbaik dunia yang menarik dan anda sendiri pasni xterpikir pasal tempat ni untuk dijadikan salah satu destinasi pelancongan anda, adam dapat cerita ni dari akhbar mingguan so adam nak share la dengan korang :) harap korang layan peace!


VIENNA

Bandar raya Vienna mendahului tempat teratas paling berkualiti di dunia. Ia juga merupakan ibu negara Austria sekaligus menjadi tumpuan dan pusat kebudayaan, ekonomi dan politik negara itu. Dengan jumlah penduduk seramai 1.7 juta orangia mempunyai kelengkapan dan kemudahan asas terbaik selain sistem kesihatan yag di permudahkan untuk semua golongan rakyat.

Thursday, December 1, 2011

BIla adaM terkejut tengok blog ni -.-' WTF!! 2 minggu 1400?


Assalamualaikum semua!! Harini adam nak share la sikit ngan korang pasal sorang blogger ni...sebelum ni adam ada la sekali masok blog dia ni...tapi xperasaan pun pasal follower.. tapi ada la tadi adam tgok dia singgah kat blog adam.. adam pun try la ushan dia balik.. dalam satu entry dia ni.. dia ada cakap yang blog dia baru je 2minggu.. tapi follower dah 1400 -.-' WTFF!!! lol memang adam jeles tahap gaban la kan..adam ni yang berbulan2 lamanya buat blog tapi follower baru 150.. -.-' xley blah...ahahaaha xpelaa kalau korang nak tgok blog dia dengan lebih detail click gamba tu..  k peace!

Tuesday, November 29, 2011

Tahukah anda apa itu "VISCERAL FAT" yang juga di gelar The killer fat?

APA ITU LEMAK DALAM (VISCERAL FAT)?



Lemak dalam tubuh ada 2 (dua) jenis. Lemak subcutaneous, iaitu lapisan lemak di bawah kulit & juga lemak visceral, juga disebut lemak intra abdomen, yang tertimbun di bawah otot dan mengelilingi organ vital, termasuk di dalam perut buncit Anda. Lemak ini akan dimetabolisme di hati yang kemudian akan diubah menjadi kolesterol darah, sehingga sangat berbahaya bagi kesihatan anda. Ianya membaluti hati, jantung, usus, ginjal, hempedu dan lain-lain vital organ yg menjadi punca pada masalah jantung, diabetes, stroke, darah tinggi dan lain-lain.

Bila adaM sakit.. -.-'

SciFi and Fantasy Art Scream by Robin Mills

ARGHHHHHHH!!!!!!!

Salam semua.. :(
Start je dari smalam sampai la sekarang.. gigi adam sakit sangat :( Geraham bongsu nak tumbuh kata Mak.. -.-' sakit dia tu bukan main lagi... rasa cam nak gigit je laptop ni bagi lumat.. -.-' kenapa lambat sangat dia nak tumbuh.. tak de ke cara nak bagi tumbuh laju siket??
kepada sesiapa yang tau cara nak lajukan gigi ni tumbuh atau cara nak atasi sakit ni... tolong la share ngn adam.. :( please... sakit sangat ni.. :(

Monday, October 3, 2011

Aku , Kau & Kumbang - Episode 3




Dua hari berlalu, Haikal sudah dibenarkan pulang. Anne pula menjalankan akitiviti hariannya di hujung minggu seperti biasa, memasak, mengemas dan macam-macam lagi.

“tuuuutttt......tuutttt”

Anne : Aduhh. Siapa pula sms aku hujung-hujung minggu ni? Hmm.. jangan bos suruh aku masuk kerja hari ni sudah.

Sunday, October 2, 2011

Hey Love


Love by pokpokz devianart.com 

hey love
tired aren't you?
miss me don't you?
boring?
fuck up?
that's the true love really is
you will feel empty when im not around
numb
if you know how to love someone
you will know why im doing this to you
i love you.

by : adaM Zulhilmi

Monday, July 25, 2011

APA NAK JADI DENGAN DENGAN ANAK MUDA ZAMAN SEKARANG?

Pagi yang indah lagi menyegarkan ni Adam mulakan dengan membaca berita di ruang akhbar online. Tiba-tiba lepas baca salah satu tajuk dalam berita ni perasaan indah pagi dah musnah serta merta. Nak tau berita apa adam baca? jom baca sama-sama.


Cucu durjana kena jel 7 tahun, lima sebatan.

KOTA BHARU: Seorang pemuda boleh dianggap 'cucu durjana' kerana bukan saja merancang rompakan terhadap nenek sendiri, malah turut membiarkan warga emas berusia 78 tahun itu ditolak rakan karibnya semata-mata mahu mendapatkan barangan kemas bernilai RM6,000.
Perbuatan kejam itu dilakukan dua sahabat terbabit ketika merompak warga emas berkenaan menggunakan alasan singgah ke rumah itu untuk meminta segelas air menghilangkan dahaga.

Kronologi perbuatan tertuduh terkandung dalam fakta kes dibentangkan Timbalan Pendakwa Raya, Asmah Azhari sejurus Shamsul Kahar Mohamad, 30, dan rakannya, Mohd Ikhwan Abdullah, 30, mengaku salah terhadap tuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.


Malah, ketika mengemukakan rayuan di depan Hakim Mahkamah Sesyen, Irwan Suainbon, Shamsul Kahar turut membuat pengakuan berani apabila mendakwa dipengaruhi pil kuda ketika merompak mangsa selain tidak tidur seminggu.

Irwan menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan lima sebatan terhadap Shamsul Kahar yang juga cucu mangsa dan memerintahkan hukuman itu bermula semalam.


Mohd Ikhwan juga dipenjara 10 tahun dan lima sebatan selepas didapati mempunyai empat rekod kesalahan lampau termasuk dijatuhi penjara enam bulan dan setahun bagi kes sebelum ini.



Asmah berkata, dalam kes itu, tertuduh pertama yang juga cucu mangsa dan rakannya masuk ke rumah itu sebelum meminta minuman dan ketika mangsa ke dapur mengambil air, tertuduh kedua mengikutnya dan berpura-pura bertanyakan bilik air.

"Suspek kemudian meragut rantai warga emas itu. Cucu sepatutnya menjaga neneknya berusia 78 tahun, bukan menyakiti, sebaliknya sanggup merompak mangsa," katanya.




Berdasarkan kertas pertuduhan, Shamsul Kahar dari Kampung Padang Enggang, Jalan Pasir Hor dan Mohd Ikhwan dari Kampung Kubur Kuda, dekat sini, didakwa melakukan rompakan berkumpulan terhadap Rokiah Boto dengan mengambil seutas rantai tangan dan gelang emas bernilai RM6,000.

Kedua-dua mereka didakwa bersama melakukan perbuatan itu di Taman Binjai Manis, Ketereh, dekat sini, jam 1 tengah hari, 28 Jun lalu dan didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.


SUMBER : MyMetro

RAMADHAN GIVEAWAY !


adam saje nak ajak korang join giveaway ni.
hadiah lumayan ^_^
cara2 nak join senang..
klik la gamba tu nak join!
SELAMAT BERPUASA!

Saturday, July 23, 2011

Your voice


its been almost a years now
inside its so empty
dark
full with scars
i survived with all those things
even the pain too heavy
the only thing i cant face is your voice
even how hard i try
your voice
your laugh
always glued
please
go away
it hurts
please..

by : adaM Zulhilmi

Friday, July 22, 2011

Tips Persiapan Bulan Ramadhan


PertamaI'dad Ruhi Imani, yakni persiapan ruh keimanan.
Orang � orang yang saleh biasa melakukan persiapan ini seawal mungkin sebelum datang Ramadhan. Bahkan mereka sudah merindukan kedatangannya sejak bulan Rajab dan Sya'ban. Biasanya mereka berdoa : "Ya Allah, berikanlah kepada kami keberkatan pada bulan Rajab dan Sya'ban, serta sampaikanlah kami kepada Ramadhan."
Dalam rangka persiapan ruh keimanan itu, dalam surah At-Taubah Allah melarang kita melakukan berbagai maksiat dan kedzhaliman sejak bulan Rajab. Tapi bukan berarti di bulan lain dibolehkan. Hal ini dimaksudkan agar sejak bulan Rajab kadar keimanan kita sudah meningkat. Boleh dikiaskan,bulan Rajab dan Sya'ban adalah masa pemanasan(warming up),sehingga ketika memasuki Ramadhan kita sudah bisa bisa menjalani ibadah shaum dan sebagainya itu bak sudah terbiasa
.