PENYAKIT jantung adalah satu
daripada pembunuh senyap yang paling utama di kalangan lelaki dan wanita,
demikian menurut Pertubuhan Jantung Amerika.
Meskipun banyak faktor menyumbang
kepada penyakit jantung seperti gaya hidup, pemakanan, alam persekitaran,
tabiat dan lain-lain, usaha mengekalkan kesihatan jantung bukan sahaja
tertakluk kepada pengamalan gaya hidup yang aktif.Pemakanan yang sihat dan
bijak dapat memainkan peranan penting dalam usaha mengamalkan gaya hidup yang
menjamin kesihatan jantung.
Tahukah anda bahawa untuk menjaga
kesihatan jantung, anda hanya perlu memakan sekurang-kurangnya 70g. oat setiap
hari?. Oat sudah bertahun lamanya terkenal kerana khasiat kebaikannya kepada
kesihatan kita secara keseluruhan, terutama sekali kepada kesihatan jantung.Ia
bermula pada tahun 1854 apabila Raja Oatmeal Ferdinand Schumacher
memperkenalkan oat di Amerika dan menganggap oat sebagai tambahan yang sihat
kepada pemakanan. Dakwaannya kini sudah dibuktikan secara saintifik. Kini,
pakar-pakar pemakanan dan diet memberi penekanan terhadap keberkesanan oat
sebagai rumusan paling semulajadi untuk menjaga kesihatan dan mencegah penyakit
jantung.
Oat mengandungi serat larut yang
secara aktif menyerap dan membantu menghapuskan kolesterol berlebihan yang
boleh menyumbat arteri anda dan menyebabkan penyakit jantung. Pengambilan oat
membantu menurunkan tahap kolestrol dan akhirnya menjadikan jantung lebih
sihat!
Penyelidikan telah menunjukkan
bahawa pengambilan oat secara tetap benar-benar berkesan untuk menurun dan
memperbaiki tahap kolesterol. Untuk membuktikan hakikat ini, Quaker Oats,
syarikat bijirin tertua di dunia telah melancarkan program Cabaran Jantung
Sihat Quaker dengan syarikat penyiaran satelit terkenal ASTRO (2004) dan
institusi kewangan Citibank (2005). Kakitangan ASTRO dan Citibank telah
dijemput menyertai cabaran ini dan mereka diberi sarapan 70g oat Quaker sehari
selama satu bulan. Sarapan mereka disediakan dalam pelbagai cara dan gaya hidangan
menggunakan emping oat Quaker sepanjang bulan. Pada akhir bulan, ujian-ujian
yang dijalankan menunjukkan bahawa mereka berjaya menurunkan kolesterol mereka antara
0.1mmol/L dan 3.5mmol/L.
Menjaga kesihatan jantung anda
adalah semudah mengambil oat setiap hari. Sebagai contoh, Quaker Quick Cooking
Oatmeal dan Quaker Instant Oatmeal bukan sahaja boleh dijadikan sajian makanan
yang berkhasiat dan mengenyangkan, malah ia juga memberikan banyak manfaat
kesihatan. Kedua-dua produk ini boleh didapati di mana-mana pasar raya
berhampiran. Emping oat bukan sahaja berkesan menurunkan tahap kolesterol darah
tetapi juga menjamin kesihatan usus dengan menyediakan sumber nutrien secara
perlahan-lahan dan konsisten seperti mana yang diperlukan untuk membaharui
sel-sel usus.
Serat merangsangkan pengeluaran
air liur, yang memudahkan anda mengunyah dan menelan. Apabila berada dalam
perut, ia membantu mencairkan kandungannya, menjadikannya lebih mudah untuk
dihadam. Serat dalam usus kecil membantu memperlahankan kadar penghadaman
nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan
oleh badan. Serat juga membantu mencegah banyak masalah ketidakselesaan yang
dialami oleh orang tua, seperti sembelit dan buasir.
Oat mengandungi lebih banyak
kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink, kuprum (copper), mangan
(manganese), tiamin dan vitamin E berbanding makanan bijirin lain seperti
gandum dan rai. Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, oat mengandungi
fitokimia yang merupakan bahan kimia semula jadi dalam tumbuh-tumbuhan yang
membantu menentang penyakit.
Oat secara khusus mengandungi
banyak flavonoid yang merupakan antioksidan yang amat berkesan untuk membantu
mencegah penyakit jantung. Oat adalah juga makanan yang ideal untuk semua
peringkat umur. Mudah diterima sebagai makanan pepejal permulaan untuk bayi dan
juga orang tua, oat kerap digunakan dalam program membantu mangsa kebuluran
kerana keupayaannya membekalkan khasiat pemakanan berkualiti secara tidak
mahal.
Oat kini menjadi kegemaran di
kalangan chef pastri untuk mencipta roti, biskut, mufin dan kek yang paling
lazat dan sihat! Quaker mempunyai beberapa resipi masakan tempatan terkenal
yang menggunakan oat seperti Rendang Ayam Quaker dan Pegedil Quaker. Ada yang
menambah emping oat ke dalam sajian kari kerana ia menjadikan kuah kari lebih
pekat dan lebih lazat!. Anda juga boleh menggunakan oat sebagai salutan ikan
dan ayam goreng. Dengan cara ini, anda boleh memuaskan cita rasa dan mendapat manfaat
kesihatan daripada oat!
Usaha menjaga kesihatan jantung
patut dimulakan dari kecil. Ibu bapa patut menyemaikan tabiat makan oat di
kalangan anak-anak mereka dengan menggalakkan sarapan emping oat dan menambah
oat ke dalam masakan. Kuasa oat tidak boleh diperkecil
kerana ia memberi khasiat kebaikan dan kesihatan yang menakjubkan untuk anda
dan keluarga anda. Sempena Hari Jantung Sedunia yang diperingati di seluruh
dunia pada 24 September. Mulakan tabiat mengambil oat hari ini untuk menjamin
jantung yang lebih sihat!
- Arkib Utusan Malaysia
UNTUK MENDAPATKAN PEMERIKSAAN
BADAN / "INNER SCAN" TUBUH PERCUMA, BAGI MENGETAHUI KANDUNGAN OUTER
FATS ANDA, VICERAL FAT, KANDUNGAN AIR DALAM TUBUH, TAHAP FIZIKAL ANDA, JISIM
TULANG DAN OTOT ANDA, SERTA RUNDINGCARA DAN KHIDMAT NASIHAT NUTRISI LENGKAP
SILA HUBUNGI SAYA DI TALIAN 017-4169474 ( ADAM ZULHILMI )
2 comments:
nak kena cari cara termudah dan tersedap nak makan oat
out ni saya makan dengan product herbalife.. sedap gila! :)
Post a Comment