Thursday, May 19, 2011

Pulau Pinang Suatu Masa Dahulu..




Assalamualaikum... woot2... dah hampir sebulan adam xtulis entry baru... harini Adam kelua dengan entry berkaitan Pulau Pinang pada dahulu kala..hehe.... Bak kata Ady budika Biar gamba mencerita kan segalanya..


ini adalah gamba Pulau Pinang berapa puluh tahun lepas -.-' dan sedikit fakta mengenai nya.. :) 


Kota Cornwallis


Fort Cornwallis yang dinamakan sempena Gabenor Charles Cornwallis yang berkuasa di Bengal di penghujung dekad 1700 merupakan sebuah tapak bersejarah yang sangat menarik di Georgetown. Kubu ini terletak berhampiran dengan Esplanade di sebelah Menara Jam Peringatan Victoria.




Pasar Chowrasta




Bazaar Chowrasta mempunyai nilai sejarah yang tersendiri. Bahasa Urdu untuk perkataan “Chowrasta” adalah bererti “Empat Jalan Silang”. Pada kurun ke 19, “Chowrasta Lines” dan penjara adalah terletak di sepanjang Jalan Penang. Pada masa dahulu, pasar ini digelar sebagai Kelinga Ban San (Pasar India), di mana ¾ daripada gerainya adalah didominasi oleh peniaga dan penjaja berbangsa India Muslim (dari Selatan India) pada satu masa dahulu.Pasar Chowrasta yang asal telah dibina pada 1890 oleh Majlis Perbandaran George Town (ketika itu). Kemudian, bahagian hadapannya (yang menghadap jalan Penang) telah diubahsuai pada 1920 dan dikekalkan sehingga 1981, apabila sebuah pasar raya baru dibina di kawasan tersebut.



Georgetown



Ini adalah gamba Pekan Georgetown sekitar tahun 90-an. George town adalah ibu negeri Pulau Pinang dan nama Georgetown sendiri diambil sempena nama raja British iaitu King George III.



Feri Pulau Pinang


Gambar ini menunjukkan Feri edisi pertama di Pulau Pinang. Xde pulak penutup kiri kanan..seram je adam nak naik..hehe.. 


Bukit Bendera


Bukit Pulau Pinang sebenarnya digelar Bukit Strawberi (Strawberry Hill) kerana ia juga merupakan pengeluar strawberi. Bentuk muka buminya dan suhu yang dingin amat sesuai bagi penanaman strawberi. Rintisan yang mencapai kemuncaknya mudah melalui Taman Botanikal Air Terjun dengan jalan kaki. Nama rasmi bukit ini adalahBukit Bendera Pulau Pinang (Flag Hill), namun ia tetap secara umumnya dipanggil Bukit Pulau Pinang.


The Waterfalls


wahhh...teringat masa kecik Adam slalu pergi Waterfalls ni...bg makan monyet2 kat sana...dulu laa...sekarang ni dah bape tahun xpergi..adam sendiri xingat jalan nak pergi sana..hahaha..




OK takat ni jelaa Adam cerita pasal Penang...xlarat dah nak cerita..bhaha... nanti kalau datang Penang... datang la cari blogger2 ni.....

4 comments:

ohHH! LuGhohhhh~ said...

hhehehe..lg best kkalau ada gamba dulu dan skang...hew hew hew..

Sunah Sakura said...

waaaaaaaaaa...bila la akak nak pi sana...

ieda CUMA said...

PERHATIAN! Blogger 3 adalah saya! hahahahahaha.. bajet..

"Cik Belog Kecil" said...

Blogger 4 adalah saya :)