Saturday, May 21, 2011

Aku , Kau & Kumbang - Episode 2



Rasa bersalah dan gelisah melanda diri Anne ketika itu. Kakinya begitu berat untuk melangkah ke wad pesakit. Sekarang Anne berada di hadapan bilik pesakit itu.



Anne : Assalamualaikum.

Pesakit : Wa’alaikumsalam, nurse ke tu? Masuklah..

Anne : Err... Bukan, bukan. Saya Anne.

Pesakit : Anne? Awak salah bilik ye?  Awak nak cari siapa? Saya baru masuk bilik ni tak sampai sejam lagi...

Anne : Eh! Bukan.. Bukan... Saya datang nak melawat awak ni haa. Saya langgar kereta awak tadi.. Awak okey ke? Kenape hidung awak berdarah banyak sangat tadi dalam kereta?  

Pesakit : Awak langgar kereta saya?  Bila pulak kereta saya kena langgar? -.-‘ .. Haa!! Ok saya dah ingat.. Semua tu pagi tadi.. Macam mana la saya boley lupa.. Haha.. Saya ok.. Hidung berdarah tu biasa dah bagi saya.

Anne : Awak, awak.. Maaf ye.. Salah saya..

Pesakit : Haha... Apelaa awak ni.. Semua ni bukan salah awak laa. Hidung saya berdarah masa tu, jadi saya pun break la mengejut, lepas tu ape pun saya tak ingat. Sedar-sedar je dah ade kat hospital ni.. Kereta awak camne? Teruk..?

Anne : Kumbang saya ok je.. Cuma depan tu haa kemik sikit. Awak tak yah la risau pasal kumbang saya tu.. Err, nama awak ape?

Pesakit : Kumbang? Kumbang apa tu? Err.. Nama saya Haikal..

Anne : Kumbang tu kereta saya la encik Haikal Beetles VW..

Haikal : Laaah.. Jangan la berencik-encik dengan saya.. Panggil Haikal sudah.. Anne.. Awak tak letih ke berdiri kat situ? Duduk la..

Anne : Letih jugak.. Awak tu yang tak jemput, takkan saya nak redah masok cam tu je -.-‘

Haikal : Hahaha.. Ye tak ye jugak.. Maaf.. Awak tu cantik sangat.. Lupa pulak nak suruh awak duduk..

Anne : Eh.. Haikal.. Awak sakit apa? Pendarahan hidung.. kalau biasa-biasa je tak kan la doktor nak suruh awak duduk hospital ni sampai 2 hari?

Haikal : Err... Tak de pape la Anne.. Pendarahan biasa je tu.. 2 hari lagi ok la tu.. Boley saya tenangkan kepala dalam ni.. Haha

Anne : [Eh dia ni orang serius dia main- main pulak -.-‘] Saya serius ni Haikal..

Haikal :  Betul laa.. Saya takde pape.. Sihat je ni.. J  Anne.. Terima kasih ye sebab tolong saya tadi.. Saya terhutang budi dengan awak..

Anne : Eh takpelaa Haikal.. Saya tolong awak ikhlas.. Lagipun saya panik kot masa tu.. Takot saya tengok darah banyak-banyak camtu.

Haikal : Camni laa, nanti lepas doktor dah bagi saya keluar hospital, saya akan tolong awak baiki kumbang awak tu. Lepas tu awak kne janji ikut saya pergi makan, ok?

Anne : Eh, eh.. Takpelaa Haikal.. Kumbang saya rosak sikit je.. Makan? Errmm..

Haikal : Takyah la awak nak pikir lagi.. Bagi saya no phone awak.. Nanti saya call awak, siap-siap je dengan kumbang awak tu..

Anne : Hehe.. Kita naik kumbang saya je la Haikal..

Haikal : Ikut awak la Anne.. Asalkan awak terima pelawaan saya ni..

Anne : Ok laa Haikal.. Saya balik dulu laa, dah lama kot saya kat hospital ni.. Lagipun waktu melawat dah nak habis, so Anne balik dulu.. Awak tu makan ubat ok, Haikal. Kalau awak ada perlu pape ke, call je saya.. kalau saya boley tolong saya tolong la.. Ok, bye!

Haikal : Yelaaa.. thanks yah! Bye..

Anne pun melangkah pergi dari bilik Haikal.. Seharian berada di hospital itu, walaupun lega dengan kondisi Haikal yang tampak sihat, namun persoalan masih berlegar-legar di kepala Anne sedangkan berkali-kali persoalan itu dijawab oleh Haikal.  Benarkah pendarahan biasa? Hmmm...


Bersambung....

Penulis : adaM Zulhilmi

Ikuti Kisah Aku Kau & Kumbang di sini :

5 comments:

Mr. AL said...

adoi la. Bersambung lagi. Kasi sampai habis la....

CucuTokMat (^^,) said...

(bersambung...............) =..="

Rasid Salleh said...

Sem depan kita buat drama kat msi... skrip cun dah ni...

ieda CUMA said...

waiting~~~~ next episod..

ieda CUMA said...

waiting~~~~ next episod..