Monday, July 25, 2011

APA NAK JADI DENGAN DENGAN ANAK MUDA ZAMAN SEKARANG?

Pagi yang indah lagi menyegarkan ni Adam mulakan dengan membaca berita di ruang akhbar online. Tiba-tiba lepas baca salah satu tajuk dalam berita ni perasaan indah pagi dah musnah serta merta. Nak tau berita apa adam baca? jom baca sama-sama.


Cucu durjana kena jel 7 tahun, lima sebatan.

KOTA BHARU: Seorang pemuda boleh dianggap 'cucu durjana' kerana bukan saja merancang rompakan terhadap nenek sendiri, malah turut membiarkan warga emas berusia 78 tahun itu ditolak rakan karibnya semata-mata mahu mendapatkan barangan kemas bernilai RM6,000.
Perbuatan kejam itu dilakukan dua sahabat terbabit ketika merompak warga emas berkenaan menggunakan alasan singgah ke rumah itu untuk meminta segelas air menghilangkan dahaga.

Kronologi perbuatan tertuduh terkandung dalam fakta kes dibentangkan Timbalan Pendakwa Raya, Asmah Azhari sejurus Shamsul Kahar Mohamad, 30, dan rakannya, Mohd Ikhwan Abdullah, 30, mengaku salah terhadap tuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.


Malah, ketika mengemukakan rayuan di depan Hakim Mahkamah Sesyen, Irwan Suainbon, Shamsul Kahar turut membuat pengakuan berani apabila mendakwa dipengaruhi pil kuda ketika merompak mangsa selain tidak tidur seminggu.

Irwan menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan lima sebatan terhadap Shamsul Kahar yang juga cucu mangsa dan memerintahkan hukuman itu bermula semalam.


Mohd Ikhwan juga dipenjara 10 tahun dan lima sebatan selepas didapati mempunyai empat rekod kesalahan lampau termasuk dijatuhi penjara enam bulan dan setahun bagi kes sebelum ini.



Asmah berkata, dalam kes itu, tertuduh pertama yang juga cucu mangsa dan rakannya masuk ke rumah itu sebelum meminta minuman dan ketika mangsa ke dapur mengambil air, tertuduh kedua mengikutnya dan berpura-pura bertanyakan bilik air.

"Suspek kemudian meragut rantai warga emas itu. Cucu sepatutnya menjaga neneknya berusia 78 tahun, bukan menyakiti, sebaliknya sanggup merompak mangsa," katanya.




Berdasarkan kertas pertuduhan, Shamsul Kahar dari Kampung Padang Enggang, Jalan Pasir Hor dan Mohd Ikhwan dari Kampung Kubur Kuda, dekat sini, didakwa melakukan rompakan berkumpulan terhadap Rokiah Boto dengan mengambil seutas rantai tangan dan gelang emas bernilai RM6,000.

Kedua-dua mereka didakwa bersama melakukan perbuatan itu di Taman Binjai Manis, Ketereh, dekat sini, jam 1 tengah hari, 28 Jun lalu dan didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.


SUMBER : MyMetro

RAMADHAN GIVEAWAY !


adam saje nak ajak korang join giveaway ni.
hadiah lumayan ^_^
cara2 nak join senang..
klik la gamba tu nak join!
SELAMAT BERPUASA!

Saturday, July 23, 2011

Your voice


its been almost a years now
inside its so empty
dark
full with scars
i survived with all those things
even the pain too heavy
the only thing i cant face is your voice
even how hard i try
your voice
your laugh
always glued
please
go away
it hurts
please..

by : adaM Zulhilmi

Friday, July 22, 2011

Tips Persiapan Bulan Ramadhan


PertamaI'dad Ruhi Imani, yakni persiapan ruh keimanan.
Orang � orang yang saleh biasa melakukan persiapan ini seawal mungkin sebelum datang Ramadhan. Bahkan mereka sudah merindukan kedatangannya sejak bulan Rajab dan Sya'ban. Biasanya mereka berdoa : "Ya Allah, berikanlah kepada kami keberkatan pada bulan Rajab dan Sya'ban, serta sampaikanlah kami kepada Ramadhan."
Dalam rangka persiapan ruh keimanan itu, dalam surah At-Taubah Allah melarang kita melakukan berbagai maksiat dan kedzhaliman sejak bulan Rajab. Tapi bukan berarti di bulan lain dibolehkan. Hal ini dimaksudkan agar sejak bulan Rajab kadar keimanan kita sudah meningkat. Boleh dikiaskan,bulan Rajab dan Sya'ban adalah masa pemanasan(warming up),sehingga ketika memasuki Ramadhan kita sudah bisa bisa menjalani ibadah shaum dan sebagainya itu bak sudah terbiasa
.