Wednesday, 21 March 2012

Keputusan SPM & HIDUP?

Assalamualaikum.. Rajin kan adam awal dah update blog? hehe... class cancel harini so teringin nak update blog.. Harini 21 Mac 2012 merupakan hari yang menakutkan bagi pelajar SPM 2011 kenapa??? sebab harini laa diorang ambil keputusan SPM. Mesti cuak abiskan?? ^_^


Biar Result SPM Dikeji-keji


Biar Tiada Degree


Biar Jauh Sekali PHD


Jangan Rendah Harga & Maruah Diri


Takkan Mampu Dibeli Di Mana-mana Institusi

Ayat ni adam copy dari status facebook abang Ady budika.. Bila dipikirkan balik memang la SPM tu penting. Sejuk perut ibu yang mengadung jika anak yang mereka didik dari kecik dapat bangga kan diorang dengan keputusan SPM yang cemerlang. Tak la segan sangat diorang nak cerita atau jawab bila jiran atau saudara mara bertanya.

Tapi disini persoalannya, Bagaimana pula dengan pelajar yang dapat result SPM yang kurang memuaskan? tak bangga kah ibu bapa diorang? Jiran-jiran dan saudara mara menghina diorang? tak sejuk kah perut ibu ketika mengandung diorang? Hina sangatkah diorang ni??

Kebiasaan nya pelajar yang dapat keputusan SPM yang kurang memuaskan ni akan mengalami tekanan selepas dapat keputusan. Tekanan yang amat dasyat berlaku bila rakan-rakan, sepupu sepapat yang sebaya semuanya berjaya melangkah ke menara gading. Di sini la bermulanya corak-corak titik hitam di kain putih diorang. Diorang akan putus harap, meletakkan harapan serendah-rendahnya.

Kenapa perlu begini? 
Kenapa perlu putus asa?

Dengan dunia yang serba ada ni, macam-macam kerajaan usahakan untuk memperbanyakkan peluang bagi golongan yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan. Kenapa tidak rebut peluang ni?? Adakah dengan melepak dapat buat anda berjaya?? adakah dengan putus harap selamanya buat anda berjaya?? . Anda mungkin kata anda tiada harapan untuk berjaya kerana anda hanya mampu bermula dengan pengajian di peringkat sijil. Perlu kah segalanya bermula di peringkat Diploma? Ijazah?

Memang bagus jika segalanya bermula di peringkat Diploma atau Ijazah tapi bagi diorg yang keputusan kurang memuaskan ni bermula lah dari awal cuma masa perlu dikorbankan. Salah kah?

Pernah dengar ibu bapa atau sesiapa sebut tentang kata hikmat ni?

" Nak seribu daya taknak seribu dalih"??
"Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian"??

Tepuk dada tanya diri.. Kejayaan ada dimana-mana dan kejayaan juga datangnya dengan usaha yang gigih. Kita ada agama jangan lupa pada Maha Pencipta. Kepada yang menghina ingat anda juga ada anak, cuba bayangkan jika anak anda dihina orang. Sekian..

p/s : Good Luck ya!

2 comments:

Wahab Shakrani said...

terbaek lah...tpi hati msih xtenang g..

Wahab Shakrani said...

terbaek lah..