Tuesday, 29 March 2011

APE KEJADAH NYE BERBLOG DI TOILET????

Assalamualaikum semuaa!!! woot2~

Fuhhh.....cam biasa balik kerja rasa nak post something...hee -.-'
Harini adam kat office kerja xbanyak....siap je kerja.. adam pun merayau2..TIBE2... sekali rasa tank adam nak overflow laa....teros cari toilet nak buang air....

alangkah semangat nye adam masok toilet kilang untuk empty kan tank yg dah full kaw2 tu... tutup je pintu.... usha kiri <.<     usha kanan >.>   teros adam ketawa BHAHAHAHAHAHA!!!
nak tau np??? tgok ni .. . . . .

xnak pecah plak perot adam tgok ayat ni.....

lol.... fuhhh... benti gelak jap... -.-'   ade pulak org berblog kat dalam toilet nie.... mak aii... -.-'

ade banyak lagi actually... meyh adam tunjuk kreatif nye rakyat malaysia ni berblog di toilet kilang... -.-'
dah macam forum pown ade gak ni... hahahaha.... ni gamba lagi... adam snap semua yg ade lam toilet lekaki kat kilang tu... ingat nak pegi la toilet pompuan... jap g xpasal muka adam berblog... bhahaha...

antara karya2 pekerja kilang :

tgok la sesi berdialog diorg...hehe

bhahaha gaji pun ungkit kat sini... -.-'

wahh....siap ade orang tolong buat kesimpulan lagi... -.-'

cara2 menyelesaikan masalah gaji.. (perbincangan)

antara alasan terbaik diberi.... :p

Adam ingat ke diorg berblog je dalam ni....rupe nye siap ade follower lagii... perghhh!!



ni haa follower dia.. -.-'

haiz..... suka tu suka jugak laa... lawak tu lawak la jugak.... tp bagi adam.. ni bukan cara dia... kalau ada rasa xpuas hati... atau ade benda yg perlu berbincang... np perlu dibelakang takbir?? np tidak bersemuka??
cara ni korang lebih menjadi kan individu tertentu saja... hurmmm
Adam harap FAMILY KBU adam xbuat perangai macam ni.... ini pun dah sebahagian dari vandalism... tandas dah wangi... tp pencemaran pemandangan pulak.... tambah pulak kilang ni banyak visitor dari German... ape pandangan diorg nanti?? yg kerja kat kilang ni bukan nye bdak 5 tahun... semua dah pangkat ayah2 dah.... pikir masak2... pertimbang kan lah... pesanan terakhir dari Adam JAGALAH KEBERSIHAN TANDAS BERSAMA!

yeahh!

Monday, 28 March 2011

Aku , KBU & CKT Sungai Dua

Assalamualaikum semua!! woot2~.. 

Wahhh hari ni mmg hari paling letih sebenar nya bg adam....seharian dok setting machine kat kilang TETIBE!!!
Daus col..

Daus : adam KBU ajak lepak kat Sg Dua
Adam : ouh yeke... ok set aku pegi office kaw.. :p
Daus : ok tgu sejam baru aku kua...

Tepat je pkul 5 .... adam usha kiri... -.-' usha kanan -.-' Manager xde cabooot dari kilang... yeahh!!
Sampai kat office Daus... sekali Daus suruh lepak kat store la.... ingat ke nk suh lepak kat office ke.. -.-' xgne nye kawan -.-' bhaha...

Pkul  6 p.m tros kuar office bersama Daus & Cik ain.. Sampai je kat CKT Sg Dua... nampak la diorg ni...
v
v
v
v
lol GK lebar nye senyum tau la Daus sampai ^^

Sampai je keadaan menjadi gamat bila je ade adik beradik ni
 v
 v
 v
 v
Kembar siam lahir lain hari... -.-'

pastu datang la si Pokcu,Ady soleh, Adish shida , Amalina dan KSP.....
v
v
v
v

WOWW,....kedai CKT tu ibarat kan ditempah khas untuk geng KBU lepak-ing... Gamat dengan suara kami... sampai org lain terpaksa diam bg kami cakap.. fuhh.... hilang letih berkerja bila lepak dengan diorg ni.. -.-'

xlupe juga Micro yg turut hadir dengan Baju Kemeja nya.. -.-'


wahh......alangkah bagus nya kalau hari2 dapat jumpe dengan hampa semua camni.. :) dah rasa macam family... 

Terima Kasih sebab sudi pelawa adam join Lepak-ing korang ni :)

p.s : kepada yg xdapat ikot .... adam no comment...harap dapat jumpa hampa pulak lepas ni..  ^^



Sunday, 27 March 2011

19 dari 501 tips untuk anak anak anda menjadi winners



Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers adalah mudah iaitu:-

Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak boleh.

Tips:

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi
yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).


12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.




Petikan ini diambil dari : Forum Paramedik

Anak Derhaka




Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah...  "Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka. "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "@#$%, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."




HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya. Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.





Petikan diambil dari : Forum Paramedik

Sunday, 13 March 2011

Hand of Hopes.. (Tangan Harapan)



Terjemahan dari artikel asal

Gambar ini adalah gambar bayi yang baru berusia 21 minggu yang belum dilahirkan bernama Samuel Alexander Armas yang dibedah oleh seorang doctor bernama Joseph Burner.

Bayi tersebut telah disahkan mengidap penyakit 'spina bifida' yang disahkan tidak dapat diselamatkan jika dikeluarkan dari rahim ibunya. Ibu Samuel, Julie Armas seorang jururawat obstetric di Atlanta. Dia mengenali seorang pakar bedah bernama Dr.Bruner. Dr Burner yg bertugas di Vanderbilt University Medical Center in Nashville, telah menjalankan satu pembedahan khas ke atas bayi ini sewaktu bayi ini masih lagi di dalam rahim.

Sewaktu pembedahan berlangsung, doctor telah mengeluarkan rahim dari seksyen-C dan telah mebuat satu bukaan kecil untuk melakukan pembedahan ke atas bayi tersebut. Apabila doctor tersebut telah selesai menjalankan pembedahan ke atas Samuel, bayi kecil tersebut telah mengenggam jari doctor tersebut melalui bukaan kecil tersebut dengan tangannya yang telah berkeaadaan sempurna.

Dr Burner berkata, ketika jarinya digenggam,itulah saat paling mengharukan dalam hidupnya dan untuk seketika beliau kaku.

Gambar ini telah diambil dengan jelas sekali. Penulis telah menamakan gambar ini dengan tajuk 'Hand of Hope-Tangan Harapan". Dalam tulisannya berkenaan gambar ini,

" Jari kecil bayi berusia 21 minggu,Samuel Alexander Armas keluar dari rahim ibunya untuk menggenggam jari tangan Dr Joseph Burner seolah-olah berterima kasih kepada doctor yang menghadiahkan sebuah kehidupan kepadanya".

Ibu Samuel berkata, mereka menagis beberapa hari apabila melihat gambar tersebut. Dia berkata,

"Gambar ini mengingatkan kita bahawa mengandung bukanlah mengenai kecacatan atau penyakit,tp ia adalah mengenai seorang insan kecil."

Samuel dilahirkan sihat dan pembedahan ke atasnya dilaksanakan dengan berjaya.

Moga menjadi pengajaran untuk kita semua...



Friday, 11 March 2011

jangan bersedih jika ditimpa kesulitan..


Kesulitan-kesulitan itu, sebenarnya, akan menguatkan hati, menghapuskan dosa, menghancurkan rasa ujub, dan menguburkan rasa sombong. Kesulitan-kesulitan itu; akan meluruhkan kelalaian, menyalakan lentera dzikir, menarik empati sesama, menjadi doa yang dipanjatkan oleh orang-orang yang soleh, merupakan wujud ketundukan kepada tiran, merupakan sebuah penyerahan diri kepada Dzat Yang Esa, merupakan sebuah peringatan dini, sebuah upaya untuk menghidupkan dzikir, merupakan upaya untuk menjaga hati dengan bersabar, merupakan persiapan untuk menghadap Sang Tuhan, dan sebuah sentilan untuk tidak cenderung pada dunia, merasa aman dan tenang dengannya. Kerana kelembutan yang tersembunyi itu jauh lebih besar, dosa yang ditutupi itu jauh lebih besar, dan kesalahan yang dimaafkan juga jauh lebih besar.

Fikirkan & Syukurilah!!

Ertinya, ingatlah setiap nikmat yang ALLAH anugerahkan kepada anda. Kerana DIA telah melipatkan nikmat-NYA dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki.

"Jika kamu menghitung nikmat ALLAH, nescaya kamu tidak akan sanggup menghitungnya".
(QS. Ibrahim: 34)

 Kesihatan badan, keamanan negara, udara dan air, semuanya tersedia dalam hidup  kita. Namun begitulah, anda memiliki dunia, tetapi tidak pernah menyadarinya. Anda menguasai kehidupan, tetapi tidak pernah mengetahuinya.

"Dan, Dia menyempurnakan nikmat-NYA kepadamu lahir dan bathin".
(QS. Luqman: 20)

 Anda memiliki dua mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki.

Maka nikmat RABB kamu yang manakah yang kamu dustakan?
(QS. Ar-Rahman: 13)

Apakah anda mengira bahawa, berjalan dengan kedua kaki itu sesuatu yang mudah? Sedangkan kaki seringkali menjadi bengkak bila digunakan jalan terus-menerus tanpa henti. Apakah anda mengira bahawa berdiri tegak di atas kedua betis itu sesuatu yang menyenangkan, sedangkan keduanya bisa sahaja tidak kuat dan suatu ketika akan patah?
Maka sedarilah, betapa hinanya diri kita manakala tertidur lena, ketika sanak saudara di sekitar anda masih ramai yang tidak bisa tidur kerana sakit yang ditanggungnya? Pernahkah anda merasa nista manakala dapat menyantap makanan lazat dan minuman dingin saat masih ramai orang di sekitar anda yang tidak bisa makan dan minum kerana sakit.
Cuba fikirkan, betapa besarnya fungsi pendengaran, yang dengannya ALLAH menjauhkan anda dari ketulian. Cuba renungkan dan sentuhlah kembali mata anda itu yang tidak buta. Ingatlah dengan kulit anda yang terbebas dari penyakit lepra dan supak. Dan renungkan betapa dasyatnya fungsi akal anda yang selalu sihat dan terhindar dari kegilaan yang menghinakan.
Apakah anda ingin menukar mata anda dengan emas sebesar gunung Uhud? Menjual pendengaran anda seharga perak satu bukit? Apakah anda mahu membeli istana-istana yang menjulang tinggi dengan lidah anda hingga anda menjadi bisu? Mahukan anda menukar kedua tangan anda dengan untaian mutiara sehinggalah tiada yang tersisa lagi untuk dirimu sendiri?
Begitulah, sebenarnya anda berada dalam kenikmatan tiada tara dan kesempurnaan tubuh, tetapi anda tidak menyedarinya. Anda tetap merasa resah, suntuk, sedih dan gelisah meskipun anda masih mempunyai nasi hangat untuk disantap, air segar untuk diteguk, waktu yang tenang untuk tidur selenanya, dan kesihatan untuk terus melakukan kebaikan di dunia yang fana ini.
Anda seringkali memikirkan sesuatu yang tidak ada, sehingga anda pun lupa mensyukuri yang tersedia ada di hadapan mata. Jiwa anda mudah tergoncang hanya kerana kerugian materi yang mendera. Walhal, sesungguhnya anda masih memegang kunci kebahagiaan, memiliki jembatan penghanta kebahagiaan, karunia-NYA, kenikmatan dan sebagainya. Maka fikirkanlah semua itu, dan kemudian sama-samalah kita bersyukur…

"Dan, pada dirimu sendiri. Maka, apakah kamu tidak memperhatikan".
(QS. Adz-Dzariyat: 21)

Fikirkan dan renungkan apa yang ada pada diri, keluarga, rumah, pekerjaan, kesihatan, dan apa saja yang tersedia di sekeliling anda. Dan janganlah termasuk golongan…

"Mereka mengetahui nikmat ALLAH, kemudian mereka mengingkarinya".
(QS. An-Nahl: 83)

Karya Fenomena:
Dr. ‘Aidh al-Qarni

Menangis... :'( (Renungan di hari jumaat)

Assalamu'alaikum...


Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangisan:
· Menangis kerana terlalu sedih.
· Menangis kerana terasa hina dan lemah
· Menangis untuk mendapat belas kasihan orang
· Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis
· Menangis orang munafik - pura-pura menangis
· Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati
· Menangis kerana rasa takut
· Menangis kerana cinta
· Menangis kerana gembira
· Menangis kerana menghadapi penderitaan.

"..Dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)
Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangisan, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil, namun ia tidak pernah kering, ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti? Jika air mata itu ditampung banjirlah dunia ini.
Menangis tercela atau terpuji??? Ada tangisan yang sangat dicela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.
Tangisan dapat memadamkan api neraka. Rasulullah saw bersabda: Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."
Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya, lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum saya pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."

Air mata yang tiada di tuntut:
· Janganlah menangis kalau tidak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah menentukannya.
· Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas, mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
· Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
· Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.

Dari itu...?
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah S.W.T.
Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua

Thursday, 10 March 2011

BERITA TERGEMPAR!!!!!

Cerita terkini dan harap maklumkan kepada semua kekawan, kerabat dan saudara mara ....

Peristiwa ini masih baru dan panas lagi. PLUS mungkin akan mengeluarkan risallah tentang perkara ini setelah siasatan pihak Polis dan PLUS selesai.

Be careful when you're travelling alone on the north south highway. Why??

The latest incident happen at the *rest area* in Pagoh. It can happen in other rest areas also - the one similar like car park. Just be careful and always be alert. Bring along your mobile phone if you go out from your car.

Just in case, as reported below ...

The latest case reported. Seorang salesman berhenti rehat semasa waktu maghrib. Dia berjalan ke tandas,tetapi merasakan ada sesuatu mengekori beliau. Dia terus menoleh tapi tiada apa dibelakangnya. Dia meneruskan perjalanan ke tandas,
sesampai dipintu dia merasakan nya lagi. Ketika itu angin bertiup kuat dan bau busuk menusuk ke hidung. Dia menoleh kebelakang, terus terkaku kerana dibelakang beliau ada lembaga dari pusat ke bawah berupa manusia dan dari pusat keatas pula berupa kambing jantan warna hitam. Darah mencucur dari lehernya mulut terbuka juga mengeluarkan darah. Lembaga itu terus merapatinya dgn gigi terseringai membuka mulut dan terus berkata....



.. "Dimana dia anak kambing saya .....?

Kelebihan jari-jari anda :)

 Hye semua~~ ni adam nak share something untuk orang yang berjari tangan.... :)


Setiap manusia mempunyai 5 jari...Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari manusia. Cuba perhatikan perlahan-perlahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat 5 waktu jangan diabaikan..

Kemudian lekapkan jari di atas meja, perhatikan. Bermula daripada:

1. Jari kelingking yang kecil dan kerdil- 

Seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah daripada rebungnya

Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

2. Jari ke-2 iaitu jari manis-

Manisnya seperti jari comel dan mulus. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa di belenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf 

Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil.

Bersediakah anda??

3. Jari ke-3 iaitu jari paling tinggi, jari hantu-

Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seseorang itu telah mempunyai status dan identity dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala iini banyak hantu-hantu pengacau yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati, dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan.

Justeru itu, amal ibadat mesti dilipat gandakan.

4. Jari telunjuk-

Jari inilah yang mengungkap satu dan Allah Esa ketika menunaikan solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. 

Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

5. Akhir sekali, renung ibu jari-

Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa, cap jempol atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata good atau yes sambil menggenggam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

SubhanAllah..begitu sempurnanya ciptaan Allah. Cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima2nya itu. Renung dan fikir dalam-dalam... :)

Di ambil dari petikan surat khabar..

Wednesday, 9 March 2011

aku ,Mak Datin & McD

     Salam..Hari ni adam ade cerita siket nak kongsi.. Ade laa satu hari nie adam pegi McD dengan Kery (kawan). Sampai je kat McD tu, Kery suruh adam masok dulu nanti dia follow nak call gf jap kte nye (dalam kereta).

     Adam pun terus pergi kat kaunter tu beratur. Depan adam ni ade la sorang Makcik.. macam orang kaya je..Mak Datin la rasa nya.. Dia ade sorang anak dok men lari2 kat blakang adam ni..
 Buas & nakal anak dia tu.. tengah sy beratur..Tiba2 anak dia tolak saya dari blakang.. kena la Mak Datin tu.. Mak Datin tu tak marah.. Dia tgok je.. Tibe2 anak dia tolak lagi.. (dalam hati mampus aku  -.-') Mak Datin tu tgok sy dengan renungan yg tajam . Uuuuuu... seram2... dia mula bersuara " adik xbaik adik buat cam ni " adam diam je kelu lidah nak berkata. kang xpasal orang ingat adam ni gatal tangan -.-'.

       Sampai je giliran si Mak Datin ni buat pesanan makanan, dia pun order laa .. masa nak bayar je .. dia selongkar abis beg tangan dia.. Dengan muka blur adam cakap lam hati "apa kena Mak datin ni ?" TIBA2! JENG! JENG! "AWAK CURIK DOMPET SAYA KAN?" dengan muka yang bengis -.-' Mak datin tu tuduh adam curi dompet dia . Adam pun cakap la " ape makcik cakap macam tu, xbaik oh tuduh2.. saya xperlu duet sape2 nak beli makan kat McD ni " Mak Datin tu bersuara kasar Kali ni " PENCURI! TANGKAP DIA NI BAWAK PEGI BALAI"  perkerja2 McD tu pun lari la datang pegang aku..

       TIBA@ Kery bersuara "OI! KORANG NAK BUAT APA NGAN KAWAN AKU?" Mak Datin tu Bersuara perli "Ni kawan awak xde duet ke nak beli burger sini? sampai nak curi dompet sy?" Kery pun menjawab "abis ni dompet sape yang saya jumpe tepi kereta BMW hitam tu ?" Mak Datin tu dengan selamba menrampas dompetnya di tangan Kery dan terus pergi ke kaunter dan membuat bayaran lalu ingin beredar. Belum sempat je dia sampai di pintu keluar adam pun cakap la camni " Senang nye makcik tuduh saya, malukan saya depan orang ramai.. lepas tu makcik nak BLAH! macam tu je?" Mak Datin tu dengan selamba menjawab " awak nak ape? duet? " dia menghulur kan RM300 kepada adam..

     "Saya xmati la makcik kalau xdapat duet tu, saya nak makcik minta maaf" adam pun dah terbakar ngan makcik tu.. "ahhh " makcik tu terus berhasrat untuk keluar.. adam menarik tangan Mak Datin tu.. Lalu Mak Datin tu menolak adam DUMMM!! jatuh adam...



      Adam pegang kepala adam sakit , aduhhh.... tp ade yang xkena... KENAPA McD bertukar jadi bilik adam ni???????? YA ALLAH adam mimpi rupenye.... aduhh xnak sakit pulak jatuh katil nie -.-'  maaf ye.... hehehe

Terima tawaran belajar :)

Niat di hati adam nak pilih laa course2 yg menarik siket untuk ijazah ni... baru nak try online application...dah dia offer course  BACHELOR OF ENGINEERING TECHNOLOGY (HONS) IN MANUFACTURING (AUTOMOTIVE).. diploma dulu adam amek DIPLOMA OF PRODUCTION ENGINEERING TECHNOLOGY  ade la kaitan sebab production & manufacturing ni lebih kurang je.. tp yang xberapa nak minat sebab dalam kurungan ade automotive -.-' ..

2 3 hari ni asyik termenung je... nak amek xnak....kalau tolak dapat ke tawaran lagi lepas ni ....serba salah... kalau xamek....pastu x dapat dah tawaran ....kne keje dah.....awal sgt pulak nak kerja... -.-' Semangat adam untuk belajar ni berkobar2 je... otak ni serabut gila... 

Sekarang adam dah pikir masak2.. adam nak terima  BACHELOR OF ENGINEERING TECHNOLOGY (HONS) IN MANUFACTURING (AUTOMOTIVE) ni.... ilmu ni semua boley belajar. Bila pikir balik mana ada benda kat dunia ni senang.
Adam slalu ingat ayat kawan adam ni. " ingat, nak susah tu kejap je, tapi nak senang tu lama" .

mungkin rezeki Allah nak bagi dekat adam.. adam terima jelaa...  Sekarang dah rasa x saba2 pulak nak pegi.. :)
Khamis & Jumaat ni pergi selasai kan yuran n lain2.. bulan 7 ni dah start... : )

DOAKAN ADAM BERJAYA YE!

Tuesday, 8 March 2011

Siapa Adam? Siapa Zul? Siapa Amy?


     Assalamualaikum. sy mulakan post pertama sy dengan cerita di sebalik 3 nama berbeza. Siapa itu Adam? Siapa itu Zul? Siapa itu Amy?. Ketiga- tiga nama tersebut adalah orang yang sama, iaitu saya Zulhilmi Bin Zaidi (nama dalam IC). 3 nama itu cuma nama panggilan dan datangnya kawan-kawan dan saudara mara saya sendiri. Hampir setiap kali saya berkenalan dengan orang baru (kawan2 baru) mesti soalan yang sama timbul. Apa kena mengena Adam dan Zulhilmi ? terlalu jauh beza. (kata2 diorang lah) Ade yang cakap sy gila glamour. -.-' .

      Sekarang saya akan cerita kan bagaimana nama Adam tu lekat sampai sekarang . Adam ni lahir pada bulan April 1990, bulan tu pulu kebrtulan jatuh pada bulan puasa. Mengikut kewajipan umat islam Zakat fitrah wajib dilaksanakan pada bulan tu. Abah pun bawa la saya pergi ke rumah Tok imam. Tok imam pun bukak buku resit dan tulis nama abah, mak dan sampai nama saya je Tok imam berhenti dan tanya abah "anak ni nama apa?" abah pun dengan selamba jawap "dia baru lahir ja Tok imam takde nama lagi anak sulung la katakan" tok imam pun dengan selamba dia tulis something kat resit tu. Tok imam cakap " Saya letak nama Adam dulu dah memandangkan bdak ni pun sulung Adam(pertama). Nak jadikan cerita, abah pun bawa la adam balik. Resit tu terus dia bagi sepupu sepapat saya tengok. Sebab tu la nama Adam tu lekat sampai sekarang. Tapi orang tanya lagi, kenapa dah ada nama adam letak nama Zulhilmi pulak. Mak Adam ok je dengan nama Adam ni tapi abah ni haa. nak jugak anak dia ikut dia semua start dengan huruf 'Z'. Sampai adik-adik saya pun huruf Z jugak kat depan. 1.Zulhilmi 2. Zulhairi 3.Zulaikha Amira.
Zul pulak kawan-kawan sekolah banyak panggil dengan nama tu. Tapi yang Amy ni kebanyakan nya kawan2 rapat, saudara sebelah abah, kawan-kawan DOTA saya.

       Itu lah sahaja coretan pertama saya. Harap kawan2 blogger ni xde la nak tanya lagi mana dapat nama adam ni ye.. :) Lepas ni segala post sy akan bahasakan diri sy Adam. Terima kasih ye sudi baca. Assalamualaikum :)