Wednesday, 7 December 2011

Makanan Pelik di Dunia

Assalamualaikum. Harini adaM dah abis idea nak update blog pasal apa.. Akhirnya lepas adam tengok TV td... ada cerita mengenai makanan-makanan pelik di serata dunia. Mehh adam share dengan korang semua pasal benda alah ni ^_^ selamat membaca!


BAALUT

Baalut sejenis makanan di Filipina & Cambodia yang sebenar nya ialah sebijik telur itik. Telur itik itu dieramkan sehingga janin itik, bulu dan tulang terbentuk dan kemudianya di rebus hidup-hidup. Tulang janin itu menambahkan lagi tekstur rangup baalut tersebut.










ARAK ANAK TIKUS


Arak anak tikus ialah minuman tradisi orang China & Korea sebagai "Tonik sihat" dan rasanya seakan-akan minyak tanah.. (euwww) -.-' . Anak tikus diambil/dicuri dari parent diorang dan diperam didalam botol. Kalau anda teringin nak minum arak ni, tangkap la tikus bela sampai ada anak dan peram! selamat mencuba!











OTAK MONYET


Makanan ini berasal dari Hong Kong ? ianya cuma otak monyet  yang dimasak dengan pelbagai jenis cara masakan mengikut citarasa sendiri. Masak lomak? masam masam manis? masak kicap? haha... tetapi yang asalnya otak monyet ini dimakan secara mentah di dalam tempurung kepala monyet.. -.- OMG.









SASHIMI KATAK


Sashimi katak ni sama sahaja dengan nama lain nya iaitu sushi katak. Katak yang digunakan ialah spesis katak besar American bullfrog. Katak ini di selinap kulit nya dan di potong untuk mendapat kan isi nya. Jantung katak yang masih berdenyut itu akan dimakan bersama wasabe. Isi katak juga boleh dimakan sahaja atau dicecah bersama wasabe. Kemudian anda juga akan di hidang kan satu pencuci mulut Sake yang didalam nya terdapat seekor cicak -.-'

3 comments:

kiera'sakura said...

nak muntah.... huhuhuhu

puteri_dina said...

gelinyer...rasa macam nak muntah.tikus kan kotor

puteri_dina said...

gelinyer...rasa macam nak muntah tikus kan kotor