Monday, December 5, 2011

10 Bandaraya Terbaik Dunia

Assalamualaikum.. harini adam nak cerita serba siket pasal bandaraya terbaik dunia yang menarik dan anda sendiri pasni xterpikir pasal tempat ni untuk dijadikan salah satu destinasi pelancongan anda, adam dapat cerita ni dari akhbar mingguan so adam nak share la dengan korang :) harap korang layan peace!


VIENNA

Bandar raya Vienna mendahului tempat teratas paling berkualiti di dunia. Ia juga merupakan ibu negara Austria sekaligus menjadi tumpuan dan pusat kebudayaan, ekonomi dan politik negara itu. Dengan jumlah penduduk seramai 1.7 juta orangia mempunyai kelengkapan dan kemudahan asas terbaik selain sistem kesihatan yag di permudahkan untuk semua golongan rakyat.



ZURICH

Bandaraya terbesar di Switzerland, Zurich menduduki tempat kedua paling berkualiti di dunia. Jumlah penduduknya adalah seramai 365,098 orang dan merupakan pusat kewangan utama bukan sahaja di negara itu malah di dunia. Ia juga menempatkan bank-bank dan syarikat-syarikat ternama dunia. Digelar Portal to the  Alps kerana terletak berhampiran dengan Pergunungan Alps.


GENEVA

Bandaraya ini merupakan kedua popular di Switzerland dengan penduduk seramai 185,958 orang. Menjadi tumpuan ramai berikutan kualiti hidup yang baik. Geneva juga menjadi pusat diplomat dunia kerana menempatkan banyak pejabat pertubuhan antarabangsa. Ia juga mempunyai sistem kesihatan dan pendidikan yang sangat berkualiti untuk penduduknya.


AUCKLAND

Kota ini merupakan terbesar dan tercantik di New Zealand. Ia menduduki bandaraya keempat paling berkualiti di dunia memandangkan kedudukannya yang dipenuhi pantai indah yang sesuai sebagai destinasi pelancongan. Dengan jumlah penduduk seramai 1.18 juta orang, ia sememangnya dikenali dengan keramahan penduduknya serta menjadi tumpuan mereka yang gemar membeli belah.


VANCOUVER

Bandaraya pesisir pantai di wilayah British Columbia diiktiraf paling sesuai untuk percutian keluarga. Vancouver yang mempunyai penduduk seramai 578,041 orang dilengkapi infrastruktur serta kawasan pelancongan menarik selain kemudahan kesihatan dan pendidikan berkualiti.


DUESSELDORF

Kota Duesseldorf moden dilihat jauh berbeza berbanding masa silamnya. Kini ia merupakan antara pusat kewangan dan perniagaan antarabangsa selain terkenal dengan industri fesyen yang semakin berkembang. Penduduknya kini berjumlah 586,217 orang serta dilengkapi kemudahan sistem kesihatan yang sistematik selain keadaan politik yang sangat stabil berbanding keadaannya satu ketika dahulu.


MUNICH

Bandaraya ini merupakan ibu kota bagi negara Jerman dan terletak tidak jauh dari kawasan pergunungan Bavarian alps. Juga merupakan kawasan kewangan selain pusat penerbitan utama di Jerman. Ia juga merupakan kota pilihan untuk ekspatriat dan mereka yang mahu berhijrah. Munich dilengkapi dengan seni bina yang menarik menggabungkan bentuk etnik dan budaya serta seni bina moden.


FRANKFURT

Bandaraya ini merupakan kota kelima terbesar di Jerman dan menduduki tempat kelapan antara paling berkualiti di dunia. Ia juga merupakan antara pusat kewangan dan perniagaan untama di Jerman. Dengan jumlah penduduk seramai 672,000 orang, ia dilengkapi seni bina moden serta bangunan perncakar langit,menjadikan bandar ini mempunyai pemandangan yang menarik di selang seli dengan pelbagai struktur bangunan lama.


BERN

Kota ini merupakan antara yang sering menjadi tumpuan pelancong. Merupakan kota keempat terbesar di Switzerland dengan jumlah penduduk seramai 123,466 orang. Ia merupakan sebuah kota yang indah permai serta sangat kaya dengan infrastruktur kreatif namun kekal dengan sistem pengangkutan yang canggih selain sistem pendidikan dan kesihatan sempurna untuk penduduknya.


SYDNEY

Bandaraya kesepuluh paling berkualiti di dunia sememangnya menjadi tumpuan para pelacong kerana kegiatan sukan lasak serta hiburannya yang menarik. Dengan jumlah penduduk seramai 4,504,469 orang,ia kini antara bandaraya utama dunia dari segi kekayaan dan kuasa beli penduduknya.


4 comments:

Yuyu Zulaikha said...

teringin nak g sydney~

Sunah Sakura said...

nak pi zurich tuuuuuu!

Adam Zulhilmi said...

uuuu... zurich....hehe

Kira Sakura said...

knapa xde malaysia? akak ske melancing kt m'sia.. snang berbahasa..ihhihi :p