Monday, 3 October 2011

Aku , Kau & Kumbang - Episode 3




Dua hari berlalu, Haikal sudah dibenarkan pulang. Anne pula menjalankan akitiviti hariannya di hujung minggu seperti biasa, memasak, mengemas dan macam-macam lagi.

“tuuuutttt......tuutttt”

Anne : Aduhh. Siapa pula sms aku hujung-hujung minggu ni? Hmm.. jangan bos suruh aku masuk kerja hari ni sudah.




“ Anne, pergi siap-siap cepat ye! Saya tunggu awak dekat Old Town Juru ni pukul 8. Jangan lupa bawa kumbang awak sekali ok? – Haikal “
Anne : Haikal? Ohhh... mamat hidung berdarah tu. Eh, bukan dia dekat hospital ke? Dia nak buat apa pula jumpa aku ni? Aduhhh...

Anne bersiap siap ala kadar dengan  Sweater , skinny jeans dan rambut lurusnya diikat rapi. Anne pun memandu kumbangnya untuk ke Old Town Juru. Sampai saja di sana, Anne mencari-cari kelibat Haikal.

Anne : Mana pula mamat ni? Datang ke tidak ni? Dia ni mesti kenakan aku ni. Tau la aku langgar kereta dia sebelum ni, nak balas dendam la tu (bebel Anne).

Haikal : Assalamualaikum.

Anne : Oh, mak kau jatuh! (melatah). Wa’alaikumussalam. Ish! Awak ni, terkejut saya tau tak??

Haikal : HAHAHA! Maaflah, saya takde niat nak buat awak terperanjat.

Anne : Saya ingat awak tak datang. Saya cari awak, takde pun. Awak baru sampai ke?

Haikal : Eh! Tak laa, saya lama dah sampai. Dah 15 minit. Cuma saya pergi tandas tadi. Maaf lah. Eh, kita ni nak berdiri je ke?

Anne : Ohh. Saya nak duduk la ni.. Dah awak tu haa berdiri je dari tadi, takkan saya nak duduk.. -.-‘

Haikal : Anne, awak nak minum apa?

Anne : Coffee!

Haikal : Waiter!

Waiter : Ye, boley saya ambil pesanan sekarang?

Haikal : Coffee 2 ye. Terima kasih. 

Anne : Haikal, awak dah sihat ke? Bila awak keluar hospital?

Haikal : Sihat ? Bila saya sakit? Hehehe. Saya keluar tadi pagi la, terus saya sms awak tau.. ^_^

Anne : Wahhh! Awak nak suruh saya terharu la ke ni? Hehe. Alaaa, awak jangan la main-main, saya serius tanya awak ni. Awak sihat tak?

Haikal : Ye, ye, Cik Anne, saya sihat.

Anne : Betol ni? Awak tipu ea? Saya tau awak sakit, mana ada pendarahan hidung biasa kena tahan wad sampai 2 hari. Adik Anne hidung berdarah takde pun kena tahan wad.

Haikal : Hahaha. Lawak la awak ni. Mana la saya nak tau. Doktor yang cakap saya kena stay dalam wad 2 hari takkan saya cakap tak nak. -.-‘

Anne : Tak pe laa, dengan saya pun awak nak berahsia.. (merajuk)

Haikal : Rahsia? Eh, mana ada. Saya sihat je ni. Awak tak perlu risau sangat lah. -.-‘

Anne : Risau? Bila masa pulak saya risau pasal awak, saya cuma cakap awak tipu je.

Haikal : Dah.. dah.. awak tak payah merepek sangat ok..hehe. Ni saya nak tanya esok awak free tak?

Anne : Esok? Hmm, ntah tak pasti la. Kenapa?

Haikal : Awak confirm kan dulu awak free ke tak, then awak beritahu saya. Esok saya nak bawa awak pergi satu tempat ni. Ok, ni baru rahsia. Hehe. Jangan lupa bawa kumbang awak tu. 

Anne : Alaaa. Cakap la, awak nak bawa saya pergi mana pulak? -.-‘ Kat mana?

Haikal : Nanti la saya cakap. Saya nak balas jasa awak je. Saya janji awak takkan kecewa punya bila sampai nanti. Awak mesti suka.

Anne : Ye laa. Tak best tempat tu, siap awak! Saya sendiri akan buat hidung awak berdarah.. Hehe.

Haikal : Amboi, sampai macam tu sekali. Ah satu lagi, jangan lupa bawa baju lebih.

Anne : Uish, awak nal ajak saya kawin lari ke ape? -.-‘

Haikal : Jangan merepek sangat la..  Ikut je laa

Anne : Ye laa, ye laa.

Haikal : Hehe .. Thanks

Anne : Jom la, saya na balik.. Ngantok la.. Awak tengok pekerja Old Town ni... Dah macam nak halau orang dah.

Haikal : Mak ai, patut la! Dah pukul 12 lebih. Ok lah, terima kasih ye awak sudi datang.. Kita jumpa esok.

Anne : Ok la, saya gerak dulu. Bye! Assalamualaikum.

Haikal : Wa’alaikumussalam.

Haikal ke kaunter untuk membuat bayaran dan pulang ke rumah. Esok Haikal akan membawa Anne ke satu tempat sebagai tanda membalas jasa Anne yang menyelamatkannya tempoh hari, tetapi persoalannya di sini, di manakah tempat yang dimaksudkan oleh Haikal? 


Bersambung....


Penulis : adaM Zulhilmi
Editor : Sunah Suka Sakura


Ikuti episode-episode Aku Kau & Kumbang di sini :

3 comments:

Mr. AL said...

hotek bro, hotel. Hahahaha.

Sunah Sakura said...

^_^

Muslimah Optimis said...

aduhaiiiiiiiiiii.... bersambung lagi... huhuhuhu....

adam ni, berani ke baru kenal sehari nak ajak keluar, pastu pi tempat tak diketahui pulak.. eeeee, takutnyaaaaaaaa