Tuesday, 5 April 2011

SUMPAH KITA ANAK MELAYU!!!

Hakikatnya kita telah diberikan kemerdekaan.

Kita genggam kemerdekaan tercinta itu.

Kita pastikan ianya tidak dilepaskan.

Kita pastikan ianya tidak dicalari oleh mereka

yang cemburu akan kemerdekaan ini.



Sumpah kita anak Melayu.

Biar putih tulang jangan putih mata.

Sumpah Pendekar Melayu" Tidak akan Melayu hilang di dunia".

Melayu pasti bangkit, pasti bersatu menjunjung

kedaulatan bangsa , budaya dan agama kita.



Sumpah kita anak melayu.

Jangan kita terus berpecah dan jangan sekali kita leka.

Andai Melayu berderai maka rosaklah resam kita , hancurlah janji kita,

musnahlah pedoman kita dan tercemarlah

degupan perjuangan nenek moyang kita.

Melayu harus bersatu.

Melayu harus berpegang kepada janji

kerana itulah sebenarnya

sumpah kita anak Melayu.



Baba Haizal Baba Zain

3 comments:

FarAh AmiRa said...

i like..:D...love my country...!!

tomatokering :) said...

tapii... melayu mudah lupa... wuu T_T

Adam Zulhilmi said...

bila cakap pasal melayu mudah lupa... korang tau np Dr M buat puisi tu? ape isi dia sampaikan?